Program Juara Rakyat yang menjadi tema dalam gerakan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mendekati rakyat menjelajah ke utara tanah air apabila pelancarannya di peringkat negeri Kedah telah diadakan pada 5 hingga 6 Februari 2010.
Program selama dua hari ini berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang, dan telah disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 Februari.
Program yang berteraskan ‘kebajikan’ sempena bulan Februari ini telah dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti termasuklah ekspo penerangan bersama rakyat, program gotong royong bersama pemimpin, memberikan fokus dan bantuan kepada golongan kurang upaya, anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan yang kurang berkemampuan.
Tujuan program ini merujuk kepada hasrat untuk menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan dalam membangun rakyat dan sentiasa berada di barisan hadapan untuk rakyat.
Kedahfm telah mengadakan siaran dari Mini Studio selama 2 hari. Selain daripada itu, Kedahfm juga turut membuat rakaman forum agama yang diadakan sempena Program Juara Rakyat tersebut.
No comments:
Post a Comment