Sunday, September 5, 2010

Salam Aidil fitri

<embed src="http://widget-6a.slide.com/widgets/slideticker.swf" type="application/x-shockwave-flash" quality="high" scale="noscale" salign="l" wmode="transparent" flashvars="cy=bb&il=1&channel=2449958197328043626&site=widget-6a.slide.com" style="width:400px;height:320px" name="flashticker" align="middle"></embed>

Monday, August 16, 2010

Liputan YB Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan di Komuniti Bestari Pendang

Kedahfm telah mengadakan siaran lintas langsung radio sempena acara ini . Unit Berita turut membuat liputan siaran TV.

7 Februari 2010 - Majlis Pelancaran Pameran Koleksi Bergerak Tunku Abdul Rahman di Rumah Merdeka

Pameran Bergerak Koleksi Khas YTM Tunku Abdul Rahman yang telah diadakan di Kedah adalah lanjutan daripada program Pameran Koleksi Khas YTM Tunku Abdul Rahman yang telah diadakan di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur pada 6 Disember 2009 yang lalu dan telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim. Pameran ini memaparkan 46 koleksi artifak kepunyaan Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman di dalam peti besi yang digunakan semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Peti besi tersebut telah dibuka oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim pada 2 Julai 2009.
Kedahfm telah mengadakan siaran Mini Studio dan membuat lintas langsung acara tersebut. Unit Berita TV turut membuat liputan.

Timbalan Pengarah RTM Kedah Melapor Diri.

Pn. Sharimah Abu Bakar telah mula bertugas di RTM Kedah sejak 2 Februari 2010. Sebelum ini beliau bertugas sebagai Jurutera di RTM Pulau Pinang . Beliau kembali semula bertugas di RTM Kedah setelah meninggalkan RTM Kedah sejak tahun 2007 hingga 2009.

5 hingga 6 Feb 2010 - Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Kedah di Sek.Men.Keb. Sanglang

Program Juara Rakyat yang menjadi tema dalam gerakan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mendekati rakyat menjelajah ke utara tanah air apabila pelancarannya di peringkat negeri Kedah telah diadakan pada  5 hingga 6 Februari 2010.

Program selama dua hari ini berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang, dan telah disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 Februari.

Program yang berteraskan ‘kebajikan’ sempena bulan Februari ini telah dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti termasuklah ekspo penerangan bersama rakyat, program gotong royong bersama pemimpin, memberikan fokus dan bantuan kepada golongan kurang upaya, anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan yang kurang berkemampuan.

Tujuan program ini merujuk kepada hasrat untuk menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan dalam membangun rakyat dan sentiasa berada di barisan hadapan untuk rakyat.

Kedahfm telah mengadakan siaran dari Mini Studio selama 2 hari. Selain daripada itu, Kedahfm juga turut membuat rakaman forum agama yang diadakan sempena Program Juara Rakyat tersebut.

6 Februari 2010 - Lawatan Mengejut YAB Menteri Penerangan ,Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan Isteri

Kedahfm telah menerima kunjungan mengejut YAB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim dan Isteri . Pengarah Penyiaran Kedah, En.Md.Radzi Lim telah hadir untuk  mendengar amanat oleh beliau. Pelbagai teguran yang membina telah diberikan untuk menambah baik stesen Kedahfm. Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim telah sudi untuk bersiaran dari konti Kedahfm.